3 Cara Menggayakan Polo/Baju Berkolar

3 Cara Menggayakan Polo/Baju Berkolar

Polo / Baju berkolar merupakan pakaian yang universal, boleh digayakan dengan pelbagai gaya mengikut keadaan/majlis. Sesuai dengan hampir kesemua kod pakaian, boleh dipakai untuk tujuan rasmi seperti bekerja, mesyuarat, seminar sehinggalah keluar bersiar bersama keluarga, bercuti dan aktiviti santai.

Jadi dengan adanya baju berkolar, anda sentiasa bersedia untuk sebarang aktiviti atau majlis. Katakan ketika bekerja anda memakai baju berkolar, dan pada waktu petang ada telah berjanji untuk membawa keluarga bersiar-siar, anda tidak perlu menukar baju lain, berbanding jika berkemeja, perlu tukar baju dahulu kerana kemeja hanya sesuai untuk urusan rasmi, formal atau semi formal sahaja.

Dengan berbaju polo, anda menjimatkan duit dan yang paling penting menjimatkan masa, anda sentiasa bersedia setiap masa dalam keadaan "presentable", tidak perlu pening memikirkan tentang penampilan anda.

Ikuti 3 idea penggayaan Polo ini, pasti kelihatan lebih kemas dan berkarisma.


3 Cara Penggayaan Polo

1. Casual Look - Aktiviti Santai, Family Outing.

613A0291.jpg

Pemakaian gaya santai atau casual ini sesuai digayakan untuk aktiviti yang santai seperti keluar bersama keluarga, travel, atau sebarang aktiviti santai. 

Gayakan dengan tidak perlu tuck in. Untuk polo, pastikan designnya simple dan minimalis. Warnanya pula tidak lebih dari 3 warna.

Pemilihan seluar pula, untuk selamat dan tidak perlu pening berfikir, sentiasa gayakan dengan seluar yang berwarna gelap seperti Dark Khakis, Dark jeans, Dark Slack. Warna seluar yang cerah seperti putih boleh dipakai, namun perlu sedikit kreativiti dan memahami bagaimana mix & match dengan warna baju, sekiranya anda berani, boleh mencuba dan pasti akan sangat wow !.

613A9898.jpg

Elakkan dari memakai selipar, pakai sneakers atau kasut yang sesuai. Antara kasut yang sesuai ialah sneakers, casual loafer. Pemilihan warna kasut pula elakkan memakai kasut yang sama warna dengan seluar. Warna kasut yang mudah digayakan dengan pelbagai jenis warna seluar ialah putih, coklat/darkbrown, Biru Gelap/Navy Blue, Hitam.

613A9874.jpg 613A9994.jpg

613A9982.jpg


2. Smart Casual - Office, Appointment 

613A0179.jpg

Pemakaian gaya Smart Casual ini sesuai digayakan untuk ke pejabat, temujanji urusan kerja di luar, dan sebarang urusan berkaitan kerja dan perlu etika pemakaian yang lebih sedikit formal.

Dengan Tuck In baju anda, Mengenakan kasut berkulit, anda kelihatan lebih kemas dan berkarisma. 

613A9867.jpg

Pemilihan seluar pula pastikan hanya memilih khakis, ataupun seluar slack sahaja, elakkan jeans. 

Pemilihan tali pinggang sebaiknya tali pinggang kulit. Tali pinggang coklat/darkbrown akan memberikan "executive look" menampakkan anda lebih kemas berkarisma. Elakkan tali pinggang dengan buckle yang besar atau pelbagai. Pastikan penampilan anda sentiasa clean,kemas, "less is more".

613A0025C.jpg

Pemilihan kasut pula ialah kasut oxford ataupun loafer. Untuk mudah, hanya pilih 2 warna sahaja, sama ada hitam ataupun coklat/darkbrown. Seperti yang dinyatakan di atas, cuba elakkan memakai seluar dan kasut dengan warna yang sama. Dengan itu, dengan memak kasut darkbrow/coklat, menampakkan anda lebih exclusive dan karisma.

613A0025D.jpg


3. Bussiness Casual - Penampilan Lebih Formal

613A0083.jpg

Untuk Penggayaan yang lebih formal, mungkin untuk hadiri mesyuarat, seminar, perlu lakukan pembentangan, Baju polo boleh digayakan dengan suit/blazer. Namun pastikan menggunakan basic polo sahaja, tidak menggunakan polo yang sarat dengan design.

Kebiasaan nya pemilihan warna suit/blazer adalah lebih gelap berbanding pakaian di dalam. Namun anda sendiri boleh tentukan penampilan bagaimana dan mix & match yang anda selesa.

Untuk pemilihan kasut pula, sama seperti penggayaan smart casual yang dinyatakan sebelum ini.

613A9862.jpg


Itu 3 cara bagaimana anda hendak menggayakan baju polo. Anda bebas untuk gayakannya mengikut citarasa anda, namun elakkan dari terlalu berlebihan kerana konsep pemakaian polo ni adalah untuk lelaki bekerjaya dan lebih kepada golongan executive. Jadi penggayaan nya perlu sentiasa kemas, look clean, simple dan sharp ! 

Penampilan kemas bukan sahaja untuk keyakinan diri kita, malah ianya membantu membuatkan orang sekeliling untuk lebih selesa untuk dekat dan berurusan dengan kita seterusnya membina kepercayaan mereka pada kita.

"How you do anything is how you do everything", penampilan kemas menggambarkan anda seorang yang sentiasa terurus, seorang yang boleh diharapkan. 

"Look Good, Feel Good, A Better Version of You".

White Elegant Fashion Magazine Cover (4).png

White Elegant Fashion Magazine Cover (2).png

White Elegant Fashion Magazine Cover (5).png