Kenapa Baju Polo Kecut Selepas Dibasuh Dan Bagaimana Cara Nak Atasinya ?

Kenapa Baju Polo Kecut Selepas Dibasuh Dan Bagaimana Cara Nak Atasinya ?

Apabila bekerja, pasti semua orang hendakkan penampilan diri yang kemas dan segak untuk keyakinan diri sendiri. Penampilan banyak dipengaruhi oleh pakaian yang dipakai.

Bagi mereka yang mengenakan kod pakaian smart casual, yang menggunakan baju berkolar/polo sebagai pakaian kerja harian, pasti ramai yang ada masalah baju berkolar/polo yang dimiliki, walaupun baru beberapa kali basuhan sudah luntur, kain mengembang, ada yang mengecut, kolar sudah lembik, baju menjadi singkat. 

Semua ini mencacatkan penampilan dan menyebabkan kurang keyakinan diri. 

Jadi daripada kerap membeli pakaian yang baru, sebenarnya pakaian yang dipakai boleh bertahan lebih lama sekiranya di jaga dengan baik.


Tips Dan Langkah Demi Langkah Bagaimana Hendak Membersihkan Baju Berkolar/Polo Supaya Tahan Lebih Lama.  

1. Sebelum memulakan basuhan, cuba periksa bahagian dalam baju berkolar anda, ada disertakan atau tidak  panduan pembasuhan. Cara basuhan adalah sama untuk kebanyakkan jenama baju berkolar. Dibasuh dengan air yang sejuk dan di keringkan pada suhu rendah dan sederhana 

null


2. Bagi mengelakkan kolar baju anda rosak, terlipat, jadi bergulung, jadi tak cantik, Butangkan baju kolar anda, terbalikkan dalam ke luar, dan tegakkan kolar anda. Cara ini akan melindungi baju anda dari rosak, dan bagi mengelakkan habuk melekat bahagian luar baju yang menyebabkan baju nampak tak cantik, dan  memelihara kolar baju anda. Walau bagaimanapun, anda boleh gunakan "Spray Starch" dan iron kan untuk pelihara kolar baju anda. 

Wash Polo Shirts Step 7 Version 2.360p (1).gif


3. Yang terbaik, amalkan basuh baju dengan mengasingkan warna-warna, terutamanya warna merah, warna-warna gelap daripada baju yang berwarna cerah dan putih. Ini bagi mengelakkan warna-warna tersebut meresap dan buatkan baju anda nampak tak cantik dan rosak. Berhati-hati dengan warna merah, sebab warna ini paling mudah menyerap ke dengan baju berwarna lebih cerah dan putih. 

pexels-daria-shevtsova-1390062.jpg


4. Gunakan detergent/pencuci yang ringan, kerana kebanyakkan detergent di cipta untuk menanggalkan kotoran-kotoran yang degil. Detergent yang berat akan rosakkan baju berkolar anda. Sebaiknya, jika baju terlalu kotor, boleh guna "Laundry Pre-treatment product" sebelum membasuhnya bagi hilangkan kotoran-kotoran degil. Jika detergent terlalu kuat, baju berkolar anda akan cepat lusuh.  

Capture.PNG


5. Jika anda basuh menggunakan mesin basuh, anda boleh gunakan mode "delicate" atau "handwash" .

Capture.PNG


6. Untuk pengeringan, boleh gunakan mesin pengering tapi dengan suhu yang rendah. Walaubagaimanapun, sebaiknya elakkan mesin pengering. Yang terbaik adalah pengeringan semulajadi, namun berhati-hati, jika cuaca terlalu panas, juga akan buatkan baju berkolar anda rosak. Sebolehnya sidai di bahagian yang tidak terkena cahaya matahari secara terus.   

7. Elakkan baju dikibas terlalu kuat, kerana ia akan menyebabkan ia mengembang, juga mengecut jika diletakkan bawah suhu yang tinggi dalam mesin pengering. 

8. Sentiasa pastikan kolar baju dalam keadaan menegak supaya kolar tersebut tidak rosak, bergulung, buruk dan sebagainya. 


Apa Yang Menyebabkan Pakaian Dipakai Mengecut/Mengembang Selepas Dibasuh ?

Pakaian yang dipakai mengembang/mengecut adalah disebabkan oleh kandungan kapas/cotton pada pakaian tersebut. Sifat semulajadi kapas apabila terdedah kepada suhu yang panas menjadi keras, lusuh dan kecut, itu yang menyebabkan pakaian kita menjadi singkat selepas dibasuh. 

Kandungan material baju berkolar/polo yang diperbuat daripada 100% cotton/kapas, biasanya tidak tahan lama dan ia akan keras selepas dibasuh dan dipakai berapa lama. Biasanya ia akan cepat mengembang atau pun mengecut, juga akan lusuh serta tidak cantik dipakai.

Disebabkan itulah, dalam menghasilkan Leon Polo Shirt, Material Tetron Lacoste Cotton digunakan. ia adalah gabungan material cotton dan polyester. Gabungan ini akan menghasilkan warna baju yang lebih menarik, material yang lebih lembut,  dan material tidak kembang dan kecut jika dibasuh. 

White Elegant Fashion Magazine Cover (3).png

Dengan kelembutan kapas asli yang digunakan, di campur dengan material polyester berkualiti yang mempunyai sifat memeri, menghalang baju dari kembang/kecut selepas dibasuh, serta sangat bagus dalam mengekalkan warna terus cantik dan tidak pudar. Lebih selesa, mudah dijaga, kekal cantik kemas walaupun kerap dipakai dan dibasuh berkali-kali. Jaminan " MoneyBack Guarantee " selama 60 hari.

Gayakan Leon Polo pelbagai design dan warna exclusive dengan pelbagai gaya kesukaan anda untuk apa sahaja majlis/aktiviti seharian anda.

Tawaran 45% Combo deal, Dapatkan sekarang. 

White Elegant Fashion Magazine Cover (2).png

White Elegant Fashion Magazine Cover (4).png

White Elegant Fashion Magazine Cover (5).png