Jenis dan Pemilihan Warna Pakaian Yang Sesuai Untuk Lelaki Malaysia (Sawo Matang dan Hitam Manis)

Jenis dan Pemilihan Warna Pakaian Yang Sesuai Untuk Lelaki Malaysia (Sawo Matang dan Hitam Manis)


Kebanyakkan lelaki di Malaysia memiliki warna kulit yang sedikit gelap (sawo matang dan hitam manis). Ini menunjukkan lelaki di Malaysia sangat rajin bekerja demi membangunkan ekonomi keluarga dan negara.   

Fakta pula mengatakan, 70% wanita di Malaysia lebih suka lelaki yang sedikit gelap.  

Tapi sebenarnya mereka yang memiliki warna kulit seperti ini beruntung, kerana mudah  dipadankan dengan kebanyakkan warna pakaian.

Ini jenis-jenis warna yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sawo matang.


1. Warna Pastel Warna Yang Lembut 

613A9994.jpg

Warna- warna pastel seperti "light blue", "light grey", warna pastel adalah warna yang cerah dan lembut, tidak terang seperti warna neon dan kuning pekat. Warna ini kontra dengan kulit sawo matang dan anda kelihatan lebih segar, mata juga selesa memandang warna-warna seperti ini.

Warna-warna sebegini juga akan mewujudkan mood ceria anda dalam keadaan santai, bila orang memandang anda, mata mereka lebih relax dan  mewujudkan suasana santai bila mereka bersama dengan anda. 

Warna ini sesuai dipakai untuk aktiviti santai seperti keluar bersiar dengan keluarga, Hari Keluarga dan sebagainya.


2. Warna Cerah 

613A9898.jpg

Warna cerah seperti warna merah, biru, kuning dan warna-warna cerah yang lain juga sesuai untuk anda. Warna-warna seperti ini akan menaikkan semangat, tenaga dan buatkan anda lebih produktif. 

Ini kerana warna cerah adalah warna yang meransang diri anda. Sangat sesuai jika anda ada perkara baru yang anda buat, bagus juga untuk meransang idea dan kreativiti  anda.

Sangat sesuai untuk aktiviti-aktiviti yang memerlukan anda berfikir dan sesuai juga untuk anda memulakan hari pertama kerja selepas cuti hujung minggu. 


3. Warna Gelap 

613A9976.jpg

Warna-warna yang gelap juga anda boleh gayakan seperti warna maroon, warna dark blue, warna hitam dan dark grey. Warna-warna sebegini akan membangkitkan kredibiliti dan karisma anda. Anda akan nampak seperti seorang yang genius, hebat, dan ada aura tersendiri.  

Bila anda berpakaian gelap, menunjukkan anda berada di kelas anda tersendiri. Orang akan lebih hormat dan terpengaruh dengan karisma anda. 

Sangat sesuai untuk aktiviti-aktiviti rasmi, mesyuarat dan sebagainya. 


4. Warna putih 

iStock-1029825400.jpg

Untuk anda memakai warna putih, anda perlu padankan dengan elemen lain supaya ia boleh seimbangkan kontra yang terlalu ketara antara warna putih dan tona kulit anda. Anda boleh padankan dengan apa saja warna di atas. Tapi pastikan tidak sepenuhnya putih.  

Dalam berpakaian, yang penting kita mesti dalam keadaan selesa, kemas dan berketerampilan. Ianya penting untuk keyakinan diri. Penampilan diri kita membantu kehidupan kita menjadi lebih baik. Jadi sentiasa ambil berat penampilan diri kita.


White Elegant Fashion Magazine Cover (3).png

White Elegant Fashion Magazine Cover (5).png