Letih & Tidak Bersemangat ? Memakai Warna Hijau Membantu Lebih Tenang, Lebih Bersemangat & Kreatif.

Letih & Tidak Bersemangat ? Memakai Warna Hijau Membantu Lebih Tenang, Lebih Bersemangat & Kreatif.

Memberikan yang terbaik semasa bekerja kadangkala menjadikan kita letih, tidak bermaya, seterusnya membawa kepada kurang bersemangat dan motivasi. Selain perkara biasa dalam menangani isu strees dan "burn out" ini, seperti mendapatkan rehat yang cukup dan sebagainya, warna juga boleh membantu sedikit sebanyak kita untuk lebih tenang dan feel " Refresh ".

Kajian mendapati warna mempunyai pengaruh terhadap mood dan emosi seseorang. Sebagai contoh, apabila berada di tempat yang penuh kehijauan, kita akan rasa lebih tenang, rasa fresh dan mood kita akan sangat baik.

Warna hijau adalah warna alam, warna yang sentiasa membawa kepada ketenangan, fresh, dan kreativiti. Dengan elemen hijau dalam pemakaian, ia juga akan mempengaruhi mood seseorang dan orang sekelilingnya.

pexels-taryn-elliott-4099388.jpg


3 Kelebihan Memakai Pakaian Berwarna Hijau

1. PEACE OF MIND 

Seperti yang semua ketahui, warna hijau simbol kepada alam dan membawa ketenangan. Dengan memakai warna hijau, akan membantu seseorang untuk lebih tenang, lebih relaks. Bukan itu sahaja, malah pemakaian hijau juga memberi ketenangan kepada orang sekeliling ketika memandangnya.

Namun, hijau yang terlalu terang akan menyakitkan mata. Untuk lelaki, hijau gelap adalah padanan terbaik dengan lelaki. Juga sesuai dengan pelbagai warna kulit. 

pexels-riccardo-bresciani-301930.jpg


2. MEMBANGKITKAN KREATIVITI 

Apabila kita dalam keadaan tenang, mendapat "Peace of mind", pemikiran tidak berserabut, pastinya pemikiran akan jadi lebih kreatif. Biasa kita dengar sesetengah orang yang suka ke tempat-tempat yang dipenuhi dengan kehijauan untuk mencari inspirasi. Begitu juga tempat kerja yang ada unsur hijau akan memberi mood ketenangan dan membantu mengeluarkan kreativiti.

Kajian juga menyatakan hijau membantu untuk lebih mudah belajar. 
Kajian terhadap para pembaca mendapati mereka mengakui warna hijau membantu mempercepatkan bacaan mereka.  "Hijau gelap sangat menenangkan. Membaca di ruangan yang mempunyai unsur hijau gelap membuatkan saya lebih mudah  memahami apa yang dibaca" Kata salah seorang responde. Sumber - www.verywellmind.com.

613A9935.jpg


3. MEMBERIKAN PENAMPILAN LEBIH SEGAR DAN BERKEYAKINAN. 

Apabila kita sentiasa mengenakan pakaian dengan baju tertentu, kita akan rasa bosan dan biasa walaupun ianya ialah warna kesukaan kita. Dengan warna yang baru seperti warna hijau dalam penampilan harian kita, kita akan rasa lebih bersemangat, lebih segar dan lebih berkeyakinan.

Warna hijau gelap antara warna yang evergreen, dan warna yang sangat cantik dan kemas. Sesuai untuk kita gayakan untuk ke tempat kerja.

Jadi, Pastikan dalam almari pakaian anda, pakaian berwarna hijau gelap wajib ada untuk digayakan seharian.

613A0013.jpgLeon Bluelabel Polo.
Dark Green Polo. Sesuai digayakan dengan pelbagai cara pemakaian.